Sunday, December 13, 2009

baik VS buruk

Kebaikan CD

  • Lebih sihat untuk bayi
  • Lebih murah untuk jangka masa panjang (akan dibincangkan secara detail kemudian)
  • Toilet training untuk si kecil akan berlaku lebih awal
  • Terdapat jenis ONE SIZE yang boleh diubahsuai untuk saiz bayi yang baru lahir hingga ke umur 2 tahun (3kg-16kg berat bayi)
  • Penggunaan CD terutama jenis ALL IN ONE (AIO) adalah sama praktikal dengan DD
  • Boleh digunakan berkali-kali untuk beberapa orang anak
  • Boleh dicuci dengan mesin basuh dan boleh dikeringkan dengan dryer atau yang paling bagus di bawah sinar matahari
  • Mesra alam (biodegradable)- generasi 500 tahun akan datang akan menghargai dan mengenang jasa anda jika menggunakan CD hari ini.
  • Rekaan CD yang pelbagai yang praktikal dan cantik untuk si kecil
  • Boleh dijual semula dan harga jual semula bagi sesetengah jenis CD adalah tinggi (telah dipraktikkan di negara barat yang kini mengalami kemelesetan ekonomi)

Keburukan DD

  • Tidak sihat untuk bayi terutama jika ada masalah kulit yang sensitif
  • Pencemaran alam sekitar yang melampau jika semua manusia menggunakan DD secara berterusan
  • Kos yang tinggi untuk membeli DD untuk jangkamasa panjang
  • Saiz DD tidak boleh diubahsuai seperti CD jenis ALL SIZE
  • Tidak boleh dijual semula kerana setelah pakai ianya tiada nilai lagi

No comments:

istilah dlm cd

1. CD : cloth diaper / lampin kain.

2. Pocket diaper : Lampin kain yg mempunyai poket untuk memasukkan insert/soaker mengikut keperluan bayi.

3. Insert/Soaker : Penyerap kebasahan yg diperbuat kebiasaannya dari fabrik microfibre, boleh juga diperbuat daripada kain napkin yg dilipat2.

4. Microfiber : Material tuala yg tebal, biasanya digunakan sebagai insert atau soaker untuk menyerap kebasahan.

5. Fleece : Sejenis fabrik yg tebal, gebu dan lembut seperti bulu biri2. Biasanya digunakan sebagai lapisan poket, diantara kulit bayi dan 'insert/soaker'. Fabrik ni membuatkan bayi berasa selesa dan kering.

6. PUL : Fabrik yg digunakan sebagai lapisan paling luar, mempunyai penebat air, mengelak kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.

7. One size (OS) : Sais boleh diubah dari S /M/L dengan menggunakan snapbutton yg disediakan, boleh dipakai bayi dari lahir(3kg)- 3thn(13kg).