Sunday, December 13, 2009

info CD lagik...

Cloth Diaper lebih sihat

Apa ada dalam Disposable Diaper anak anda??Mari kita lihat....
  • Dioxin telah disenaraikan sebagai bahan yang paling merbahaya dan menjadi punca barah. diharamkan di banyak Negara kecuali US yang merupakan pengeluar DESPO DIAPERS terbesar di dunia.
  • Tributyl-Tin (TBT) – sejenis pencemar toksik yang boleh mengakibatkan masalah hormon pada manusia dan binatang. Ia merebak melalui kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil.
  • Sodium polyarcylate – Kristal serapan tinggi yang berupa gel.Ia adalah unsur yang sama yang telah dikeluarkan dari tampon kerana kaitannya dengan sindrom kejutan toksik. Polimer ini menyebabkan alergi teruk seperti muntah, infection dan demam.
  • Meningkatkan jumlah bayi mendapat ruam lampin (rashes).
  • Pembiakan bacteria dan ammonia melalui air kencing (urine).

Cloth Diaper mesra alam

  • 50% daripada sampah domestic rumah.
  • Mengambil masa 500 tahun untuk terurai dan mereput dengan sendirinya.
  • Sumber sampah ketiga terbesar, sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.

Cloth Diaper lebih bergaya

  • Terdapat dalam pelbagai pilihan warna dan gaya untuk dipakaikan pada anak-anak kita.
  • Tidak perlu lagi disposable diaper yang diperbuat drpd kertas yang entah berapa kali dikitar semula.

Cara membasuh cloth diaper(CD)

  • Penggunaan kali pertama, CD dan Insert hendaklah dibasuh tanpa sabun. CD sekurang2nya 2x dan insert 3x. kanap yerk..? membuang sisa kotoran pengilang dan menambah baik daya serapan fabrik terhadap cecair
  • Buang 'poo-poo' ke dalam mangkuk tandas dengan cara menjiruskannya dengan air dan bilas sebelum dimasukkan ke dalam baldi.
  • CD boleh dibasuh dengan mesin basuh.Membasuh tangan menggunakan berus tidak digalakkan.
  • Gunakan laundry net untuk membasuh CD menggunakan mesin basuh bagi menjaga ketahanan dan jahitan CD tersebut.
  • Gunakan sabun yang paling murah dan biasa di pasaran,yang tiada peluntur atau bahan kimia yang melampau.Contoh: Fab,Daia,Breeze.
  • Sidai di bawah cahaya matahari. Penyidaian di dalam rumah juga boleh dilakukan jika cuaca tidak mengizinkan.

SENANG KAN!!NAK SERIBU DAYA....TAK NAK 1 DALIH PUN DAH CUKUP!

No comments:

istilah dlm cd

1. CD : cloth diaper / lampin kain.

2. Pocket diaper : Lampin kain yg mempunyai poket untuk memasukkan insert/soaker mengikut keperluan bayi.

3. Insert/Soaker : Penyerap kebasahan yg diperbuat kebiasaannya dari fabrik microfibre, boleh juga diperbuat daripada kain napkin yg dilipat2.

4. Microfiber : Material tuala yg tebal, biasanya digunakan sebagai insert atau soaker untuk menyerap kebasahan.

5. Fleece : Sejenis fabrik yg tebal, gebu dan lembut seperti bulu biri2. Biasanya digunakan sebagai lapisan poket, diantara kulit bayi dan 'insert/soaker'. Fabrik ni membuatkan bayi berasa selesa dan kering.

6. PUL : Fabrik yg digunakan sebagai lapisan paling luar, mempunyai penebat air, mengelak kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.

7. One size (OS) : Sais boleh diubah dari S /M/L dengan menggunakan snapbutton yg disediakan, boleh dipakai bayi dari lahir(3kg)- 3thn(13kg).