Monday, October 26, 2009

Cloth diapers sebenarnya mempunyai banyak keistimewaannya

Mesra pada kulit bayi dan tidak mudah menyebabkan ruam lampin - ini kerana lapisan dalam cloth diapers yang dibuat dari fabrik microfleece yang berfungsi bagi memastikan punggung bayi sentiasa berada dalam keadaan kering dan selesa. Pada waktu yang sama micro fleece ini menggalakkan pengudaraan di bahagian dalam lampin bagi memberi keselesaan dan kekeringan yang berpanjangan kepada bayi. Pengudaraan dibahagian dalam lampin sangat penting bagi mengelak dari terjadinya ruam lampin.

Bebas bahan kimia - Tidak seperti lampin pakai buang yang mengandungi jel yang berfungsi menyerap dan memerangkap cecair, cloth diapers bebas bahan kimia yang menjadi punca kepada masalah ruam lampin terutama bagi bayi yang berkulit sensitif.

Cloth diapers tidak berbau – Tidak seperti lampin pakai buang yang akan berbau apabila dipakai semalaman atau pada jangka waktu yang agak lama, cloth diapers tidak berbau walaupun telah dipakaikan kepada bayi semalaman

Tahan lasak dan tidak mudah bocor – kerana bahagian luar cloth diapers yang dibuat dari kain PUL (polyurethane laminate). Dengan ini ia tidak akan menyebabkan tilam anda dan seluar bayi basah.

Saiz cloth diapers yang fleksibel dan boleh diubah mengikut saiz bayi - Untuk mengubah saiz cloth diapers, anda hanya perlu ubah butang di bahagian pinggang dan bahagian depan untuk mengubah kepada saiz yang lebih besar atau lebih kecil. Cloth diapers juga boleh dipakai dari seawal berat bayi 3 kg hingga berat mencapai 13kg. Berbeza dengn lampin pakai buang yang memerlukan anda bertukar kepada saiz yang lebih besar apabila usia dan berat bayi anda meningkat. Harga lampin pakai buang juga meningkat setiap kali anda beralih kepada saiz yang lebih besar.

Anak lebih cepat belajar membuang air di tandas Ramai ibu bapa yang menggunakan cloth diapers mengakui pemakaian cloth diapers membantu melatih bayi agar lebih cepat untuk membuang air sendiri di tandas. Walau pun bahagian dalam cloth diapers sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi yang membolehkan bayi belajar untuk membezakan antara basah dan kering. Berbanding lampin pakai buang yang mempunyai daya serapan yang tinggi dan tidak membantu bayi membezakan rasa kedinginan ini.

Masih ragu-ragu?

Tidak mengapa kerana sebenarnya ada banyak lagi kelebihan cloth diapers yang belum saya huraikan kepada anda.

Sebab lain kenapa cloth diapers adalah pilihan terbaik untuk bayi anda

Tidak memerlukan penggunaan sabun yang banyak – cloth diapers mudah dicuci dan tidak memerlukan penggunaan sabun yang banyak. Malahan jika ada kesan najis yang melekat di bahagian dalam lampin, anda hanya perlu menggunakan sabun mandi untuk menghilangkan kesan itu.

Mesra alam sekitar – kerana ia boleh dibasuh dan digunakan berulang kali. Penggunaan lampin kain moden boleh membantu mengurangkan kuantiti sampah yang dibuang

Boleh dibasuh dengan mesin basuh - Oleh kerana cloth diapers dibuat dari kain yang tahan lasak, ia boleh dibasuh dengan menggunakan mesin basuh. Memang mudah sekali. Cloth diapers juga mudah kering dan tidak perlu dijemur terlalu lama

Warna yang terang dan berbagai pilihan – ia pasti menceriakan bayi dan membantu perkembangan daya kognitif bayi anda. Warna yang terang ini juga tidak mudah pudar walaupun selepas dibasuh berkali-kali

Menjimatkan – perbelanjaan anda hanya sekali sahaja untuk setiap helai cloth diapers berbanding dengan lampin pakai buang yang perlu dibuang dan diganti dengan lampin baru untuk setiap penggunaan.

Contoh pengiraan mudah utuk anda :

1. Perbelanjaan untuk membeli lampin kain / cloth diapers

Harga sehelai lampin kain termasuk lapik = RM45

Beli 12 helai x RM35 = RM420.00

Dengan PELABURAN SEKALI SAHAJA sebanyak RM420.00 anda boleh menggunakan cloth diapers ini sepanjang tempoh anak anda memakai lampin (selama 2 ke 3 tahun) dan kemudian digunakan untuk anak anda yang berikutnya.

2. Perbelanjaan untuk membeli lampin pakai buang

RM0.50 sekeping x 6 keping = RM3 sehari x 365 hari = RM1,095 setahun

Penggunaan untuk 3 tahun = RM1,095 x 3 = RM3,285 (untuk seorang anak). Pengunaan lampin pakai buang memerlukan kos berterusan

Dari pengiraan diatas amat jelas sekali lampin kain moden memang menjimatkan.

No comments:

istilah dlm cd

1. CD : cloth diaper / lampin kain.

2. Pocket diaper : Lampin kain yg mempunyai poket untuk memasukkan insert/soaker mengikut keperluan bayi.

3. Insert/Soaker : Penyerap kebasahan yg diperbuat kebiasaannya dari fabrik microfibre, boleh juga diperbuat daripada kain napkin yg dilipat2.

4. Microfiber : Material tuala yg tebal, biasanya digunakan sebagai insert atau soaker untuk menyerap kebasahan.

5. Fleece : Sejenis fabrik yg tebal, gebu dan lembut seperti bulu biri2. Biasanya digunakan sebagai lapisan poket, diantara kulit bayi dan 'insert/soaker'. Fabrik ni membuatkan bayi berasa selesa dan kering.

6. PUL : Fabrik yg digunakan sebagai lapisan paling luar, mempunyai penebat air, mengelak kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.

7. One size (OS) : Sais boleh diubah dari S /M/L dengan menggunakan snapbutton yg disediakan, boleh dipakai bayi dari lahir(3kg)- 3thn(13kg).