Thursday, November 20, 2008

kenapa menggunakan CD

Kenapa..?

penggunaan CD mengundang banyak persoalan dari pelbagai pihak yang mungkin pertama kali mendengarnya....antara soalan-soalan yang sering diajukan kepada saya..;

soalan 1
kenapa mahal sangat untuk sehelai CD
Tidak terlalu mahal jika difikirkan untuk satu jangka masa yang panjang dan jika kita mempunyai anak yang ramai...penggunaan CD nie boleh diteruskan hingga anak ke 3 @ 4 jika kita pandai menjaganya.

soalan 2
tak bocor ker?
InsyaALLAH tidak jika kena dengan cara pemakaiannya..cuma perlu ditambahkan sehelai lagi 'insert' untuk kegunaan pada waktu malam...

soalan 3
penggunaan terhad kepada sekali basahan ke?
TIDAK...jika ibubapa merasakan kebasahan yang agak terlebih, hanya perlu gantikan 'insert' untuk penggunaan seterusnya. Lapisan luar CD hanya perlu dilap jika kotor...

Selebihnya anda perlu kemukan sendiri soalan kepada saya...

Dari segi isu lain pula seperti :-

Isu Kesihatan

Lampin Pakai Buang mengandungi beberapa jenis bahan kimia yang kita tak nampak dengan pandangan kasar...

Contohnya:

Dioxin - bahan yang terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara;

Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.

TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

Kes ruam lampin yang kian meningkat - Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang. Sebab-sebab yang ruam lampin adalah alahan, kekrangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.

Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah).

Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang


Isu Alam Sekitar

Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia.Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya.Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu.Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menybabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik.

* fakta dari sumber penjual CD yang expert...

No comments:

istilah dlm cd

1. CD : cloth diaper / lampin kain.

2. Pocket diaper : Lampin kain yg mempunyai poket untuk memasukkan insert/soaker mengikut keperluan bayi.

3. Insert/Soaker : Penyerap kebasahan yg diperbuat kebiasaannya dari fabrik microfibre, boleh juga diperbuat daripada kain napkin yg dilipat2.

4. Microfiber : Material tuala yg tebal, biasanya digunakan sebagai insert atau soaker untuk menyerap kebasahan.

5. Fleece : Sejenis fabrik yg tebal, gebu dan lembut seperti bulu biri2. Biasanya digunakan sebagai lapisan poket, diantara kulit bayi dan 'insert/soaker'. Fabrik ni membuatkan bayi berasa selesa dan kering.

6. PUL : Fabrik yg digunakan sebagai lapisan paling luar, mempunyai penebat air, mengelak kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.

7. One size (OS) : Sais boleh diubah dari S /M/L dengan menggunakan snapbutton yg disediakan, boleh dipakai bayi dari lahir(3kg)- 3thn(13kg).